酒呑童子/しゅてんどうじ Shuten-dōji



Terdapat banyak kisah Yokai (raksasa) yang terkenal dalam legenda Jepun. Hari ini saya akan memperkenakan salah satu Yokai yang terkenal dalam kisah lagenda Jepun:  Shuten-doji . Menurut rekod dalam Buku Lagenda Jepun, Shuten Doji pada asalnya adalah seorang sami muda bernama “Yue”  yang hilang di dalam hutan semasa sedang bertapa. Dikatakan Shuten-doji  disebabkan Penampilannya terlalu kacak, disebabkan iri hati dan rasa sakit hati dari orang yang bertemu atau di sekeliling dia, akhirnya jiwa dan roh Shuten- Doji beransur-ansur tukar menjadi hodoh, dan akhirnya Shuten-Doji berubah menjadi Yokai. Terdapat juga versi lain bahawa Shuten-douji akhirnya ditendang keluar dari kuil tempat dia belajar kerana pemikiran yang mengganggu. 


Dikisahkan Shuten-douji kemudiannya mengumpulkan sekumpulan besar hantu lapar dan Yokai taraf rendah jauh di dalam pergunungan dan hutan. 



Dengan Menggunakan hutan sebagai pangkalan, mereka mula melakukan kacauan di kawasan sekitar, membakar, membunuh dan merompak, dan juga menculik wanita dan kanak-kanak, yang menyebabkan panik yang besar di kalangan penduduk kampung yang tinggal berdekatan. 


Menurut legenda mengatakan bahawa dia akan berubah menjadi seorang lelaki dengan penampilan muda yang tampan, kemudian dia memikat gadis-gadis perawan, mengoda  mereka ke dalam hutan, dan kemudian memenggal kepala mereka untuk dijadikan sebagai makanan, atau menggoda wanita, memenjarakan mereka dan menjadikan mereka sebagai hamba.


Kerana ramai wanita dan kanak-kanak hilang pada masa itu, Ahli Bomoh terkenal zaman itu: Abe no Seimei melakukan tilik ramalan dan mendapati kesemua mangsa adalah telah dibawa pergi oleh Shuten Doji. Maka pada masa itu, Maharaja Jepun masa itu memerintahkan empat panglima yang hebat untuk membunuh Shuten-Doji.


Dengan bantuan tiga dewa suci, mereka menipu kumpulan Yokai ini dengan meracuni minimum arak para Yokai dan akhirnya membunuh mereka semua.


Comments