Misteri station tren yang tidak wujud di peta

  8 Januari 2004, Malam.


Kejadian ini berasal dari laman web forum Jepun. Puncanya ialah seorang gadis bernama はすみ (Hasumi) secara tidak sengaja tiba di stesen yang tidak wujud "Stesen Kisaragi (きさらぎ駅)" pada lewat malam.
Pada pukul 11:14 malam, Hasumi menaiki kereta api dan dia adalah satu-satunya penumpang di dalam tren itu. Selepas 20 minit, dia berkomunikasi dengan pengguna di forum dalam keraguan dan ketakutan, mesej dia berbunyi: "Biasanya, tren ini akan tiba di stesen dalam tujuh atau lapan minit, tetapi hari ini telah mengambil masa yang lama dan berhenti di suatu tempat yang gelap dalam masa yang agak panjang. "
Beberapa netizen forum mencadangkan dia pergi ke tempat pemandu untuk bertanya, tetapi pintu bilik pemandu tutup rapat dan tidak ada sebarang maklum balas dari bilik pemandu. Tiba-tiba, Tren itu berhenti di stesen Kisaragi pada pukul 12:23 pagi selepas melalui terowong yang tidak dikenali.
Selepas Hasumi turun dari Tren, dia tinggalkan mesej di forum:
Stesen Kisaragi ni kosong, saya tidak pernah tahu ada station Kisaragi, siapa yang pernah datang di station ini?
dan stesen ni juga kosong tidak ada pekerja atau penumpang! "
Beberapa netizen forum cuba mencari maklumat Kirasagi di Google tetapi tidak menemui sebarang maklumat berkaitan dengan Station Kirasagi.
Kemudian, dia meminta bantuan ahli keluarganya untuk membantu dia, dan ahli keluarga Hasami menghubungi polis, tetapi mereka dianggap sebagai gurauan oleh polis kerana tidak ada stesen yang bernama "Kisaragi".
Hasami terus berhubung dengan para netizen di forumm dan melaporkan keadaan dan bentuk Station Kirasagi, sehingga Pukul 2 pagi, Hasami berkata bahawa tidak jauh dari Station, terdapat bunyi loceng dan gendang taiko yang berkumandang, dan secara tiba-tiba, seorang pakcik tua yang hanya mempunyai satu kaki muncul dan bagi amaran pada Hasami untuk tinggalkan tempat ini dengan segera! dan tinggalkan Hasami.



Netizen forum terkejut kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu minta Hasumi keluar dari Station Kirasagi dengan pantas di dengan menggunakan terowong tren. Hasami teruskan mengemas kini status terbarunya di forum, Selepas Hasami berjalan keluar dari terowong, dia terserempak dengan seorang yang membawa kereta berhenti di tepi terowong, dan menawarkan untuk menghantar Hasami kembali ke rumah.


Netizen forum cuba halang dengan balas komen-komen di bawah status terbaru Hasami, meminta Hasami tunggu dahulu, tetapi disebabkan masih dalam keadaan ketakutan dan binggung, Hasami terus menaiki kereta berkenaan.
Pada jam 3:44 pagi, Hasami meninggalkan mesej terakhir dengan mengatakan: "Pemandu memandu kereta ke arah atas gunung dan terus berdiam diri. Saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil peluang untuk melarikan diri dengan lompat keluar dari kereta ini"
Dari situ, Hasami tidak pernah mengemaskini status dia di forum berkenaan sehingga kini.
Dan misteri Station Hirasagi sehingga sekarang masih belum di ketahui, apakah station ini benar-benar wujud? apakah mungkin Hasami telah tersilap mengembara ke Alam semesta yang selari?

Sekiranya anda pulang lewat malam dengan. tren, sekiranya tren henti di station yang anda tidak kenali, apakah tindakan anda? turun dari tren atau tunggu di dalam tren?

Comments